Terma & Syarat Affiliate GboJV.com

Sebelum mendaftar sebagai affiliate, sila baca dan fahamkan Terma & Syarat ini. Ia penting bagi melindungi hak anda dan juga demi menjaga nama baik gbojv.com.

1. Perjanjian Affiliate

Dengan mendaftar sebagai affiliate, anda bersetuju bahawa anda telah membaca dan memahami terma dan syarat perjanjian ini. Anda juga bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk mematuhi setiap terma dan syarat dalam perjanjian ini.

2. Tanggungjawab Affiliate

Bagi memulakan proses pendaftaran, anda boleh memohon secara online melalui borang pendaftaran affiliate (link borang pendaftaran). Permohonan anda akan diluluskan secara automatik.

Sebagai affiliate, anda bertanggungjawab untuk:

  • Membuat promosi secara berhemah dah tidak menyalahi undang-undang
  • Tidak melakukan penipuan
  • Tidak mempromosikan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang
  • Tidak memutarbelitkan maklumat berkenaan produk

Sebagai affiliate GBOJV com anda akan mendapat akses ke halaman affiliate dan boleh memilih produk untuk di promosi mendapatkan bahan-bahan promosi dalam capaian teks, dan sebarang affiliate link bagi membantu anda membuat promosi.

Affiliate bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi semua terma dan syarat harta intelek dan undang-undang lain yang berkaitan dengan laman web sendiri.

Kami tidak akan bertanggungjawab jika anda menggunakan bahan hakcipta orang lain atau harta intelek lain yang melanggar undang-undang atau mana-mana hak pihak ketiga.

3. Hak dan Tanggungjawab Kami (gbojv.com)

Gbojv.com berhak untuk menamatkan keahlian dan penyertaan affiliate dalam Program Affiliate serta-merta dan tanpa notis sekiranya anda didapati melakukan penipuan dalam penggunaan Program Affiliate, atau jika anda menyalahgunakan program untuk apa juga tujuan.

Jika penipuan dikesan, kami tidak bertanggungjawab ke atas pembatalan bayaran sebarang komisen yang dikumpul daripada penipuan tersebut.

Terma dan syarat ini bermula apabila kami menerima permohonan Affiliate anda, dan akan terus digunakan melainkan jika keahlian anda ditamatkan.

4. Penamatan

Penamatan boleh dilakukan sama ada dari pihak kami atau pihak anda pada BILA-BILA MASA, dengan memberikan notis bertulis. Notis bertulis boleh diberi dalam bentuk emel, Di samping itu, keahlian boleh ditamatkan dengan serta merta jika affiliate melanggar terma dan syarat program ini.

5. Pengubahsuaian

Kami berhak mengubah mana-mana terma dan syarat ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara. Dalam keadaan sedemikian, anda akan dimaklumkan melalui emel. Pengubahsuaian mungkin termasuk perubahan dalam prosedur pembayaran dan peraturan Program Affiliate gbojv.com

Penyertaan anda selepas pemakluman notis perubahan terma dan syarat atau perjanjian baru dalam Program Affiliate menandakan persetujuan anda kepada perubahan tersebut.

6. Pembayaran Komisyen

Pembayaran komisyen kepada affiliate hanya sah sekiranya affiliate berjaya mendapatkan jualan . Pembayaran akan dilakukan pada 1hb pada setiap bulan. Sekiranya tarikh itu jatuh pada hari cuti, pembayaran akan dilakukan pada hari seterusnya waktu bekerja.


Jika anda telah membaca sepenuhnya SERTA bersetuju dengan Terma & Syarat yang telah kami tetapkan ini, klik di sini untuk mendaftar sebagai Agen Affiliate Eksklusif GBOJV.com.